Tetapi skuad bimbingan Wenger belum melepaskan gol di Stadium Emirates sejak 21 Disember dan pengendali Perancis itu berharap gawang kebal ketika bertemu juara bertahan itu mampu jadi asas kepada kejayaan hebat.
Wenger, merehatkan lapan pemain utama daripada skuad yang kalah 0-1 di Old Trafford, berkata: “Perlawanan kami seterusnya amat penting, tetapi kami akan bersedia dan anda akan dapat saksikan barisan Arsenal yang amat kuat.
“Saya tidak katakan kami gembira dengan 0-1 kerana anda tidak boleh kata gembira selepas kalah, tetapi kita di pertengahan jalan dan di Emirates, kami punya peluang baik untuk menewaskan mereka.
“Kami boleh mengatur pendekatan menyerang di tempat sendiri tanpa melepaskan gol dan itulah yang kami mahukan lakukan, Selasa nanti.
Fonte:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20090504011603/Article/index_html